Saturday, July 19, 2008

Puteri Barisan Baru

Assalamualaikum………….

Kepada semua Puteri yang terdapat dibahagian Kapar , saya doakan agar saudari-saudari sentiasa diperlihara dengan kerahmatan Allah s.w.t. Bagi mereka yang telah berpasangan saya mohon limpah kebahagian juga dari yang mana Esa.

Tersedia maklum bahawa pemilihan peringkat cawangan dan kemudiannya hinggalah kepada kemuncaknya keperingkat bahagian akan berlangsung dalam masa yang terdekat ini. Justeru itu saya mohon kepada semua ketua ketua cawangan puteri yang terletak dibahagian kapar bersatu hati dalam usaha membentuk satu barisan baru dengan mengubah dan merencanakan aktiviti yang berdaya maju bagi dimanfaatkan bersama-sama kita.

Ekonomi Negara kini tidak begitu memberansangkan maka kegiatan Puteri seharusnya ditingkatkan untuk tidak sahaja dapat membantu kehidupan harian para Puteri tetapi juga masyarakat umumnya. Bagi tujuan ini Puteri memerlukan satu barisan bertenaga yang inovatif yang dapat manghasilkan peluang dan kecekapan bersaing dalam ekonomi yang serba mencabar sekian hari.

Barisan yang ingin saya terajui kelak pastinya daripada puteri-puteri yang benar-benar komited dalam memperjuangkan hak-hak puteri secara khusus terutama peluang peluang ekonomi yang saya percaya ramai kalangan Puteri-Puteri yang terdapat di Bahagian Kapar tidak mempunyai pendapatan tetap yang ternyata tidak sahaja menghalang gerakan peribadi Puteri-Puteri sendiri tetapi juga dalam menyumbang kepada keluarga masing-masing.

Saya sedar agar sukar untuk kita mengubah sesuatu, meskipun demikian Puteri perlu melihat apa yang sedang dan telah berlaku tidak sahaja di Kapar malah seluruh Negeri Selangor. Kita seolah-olah tidak lagi mempunyai peluang khusus nya dalam bidang ekonomi. Apa yang terdapat kini hanya menuntut janji daripada kerajaan yang menang kini. “Apa-kah pernah kita menunaikan janji kita ketika kita memegang tampuk kuasa.”? “Diamanakah kedudukan Puteri UMNO Kapar ketika dilamun kuasa?

Lantaran daripada itu, saya menyeru agar bersama-sama kita mengubah budaya cara kita berkerja dan bertindak untuk tidak sahaja dinikmati oleh Puteri tetapi juga seluruh masyarakat yang terdapat di Bahagian Kapar.

Oleh yang demikian perlu saya tegaskan bahawa:-

Puteri Kapar Memerlukan Kepimpinan Baru.

Tiada Madu semanis rasa yang boleh saya janjikan
Tiada Menggunung Harapan yang boleh saya petakan.
Tiada Harta terkumpul yang boleh saya bahagikan….

Selain….Khidmat saya disaluti dengan ketulusan hati
Ingin saya curahkan.

Demi Kepentingan Puteri Kapar yang saya cintai.

Bersama-sama Menjana Ekonomi Puteri Kapar.
Bersama-sama membentuk penampilan sosial yang lebih berkhemah
Bersama-sama Mempelbagaikan dan sentiasa aktifkan aktiviti-aktiviti Puteri seluruh cawangan dibawah Kapar

Bersama-sama melakukan semakan dan penilaian yang dicapai bagi seluruh cawangan Puteri Kapar.

Bersama-sama memantau diri Puteri Kapar.


SEkian terima kasih.

wassalamualaikum

5 comments:

zelmey said...

Tahniah saya ucapkan pada hasrat dan hajat saudari.

Pastikan saudari bertanding dengan hati yg ikhlas dan semangat juang yang tinggi serta berhemah sebagai pemimpin.

zelmey said...

layari http://zelmey.blogspot.com

Siti Azrah Razali said...

Assalam......

Terima Kasih diatas kesudian tuan membaca blog saya. Semoga dengan sokongan tuan dapatlah saya sedikit sebanyak memperolehi pencalonan.

Terima kasih sekali lagi

wassalam

Khairul Saimun said...

Salam,

Tahniah dan saya sangat bangga dengan keyakinan Siti untuk menawarkan kepimpinan kepada Puteri UMNO Bahagian Kapar. Saya doakan hasrat Siti diiringi restu dan rahmat dari Allah SWT. Bagi saya sesiapa sahaja yang menawarkan diri, mereka merupakan insan yang sudah yakin dan berani untuk memikul amanah yang tanggungjawab, lebih-lebih lagi jawatan tertinggi yang menjadi harapan kepada seluruh Puteri di Bahagian Kapar.

Siti,

Dalam usaha menawarkan kepimpinan dalam UMNO, khususnya diperingkat bahagian kita perlu akui ia merupakan satu cabaran yang agak besar. Sehubungan itu saya syorkan kepada Siti agar mengambil sedikit inisiatif yang tidak memerlukan perbelanjaan besar dengan menghubungi ketua-ketua puteri cawangan dan menyatakan hasrat penawaran diri Siti. Saya fikir siti perlu berbuat demikian, kerana nama Siti agak kurang dikenali di kalangan puteri sebelum ini. Siti juga perlu dapatkan jadual persidangan puteri-puteri cawangan dan jangan lupa pada hari persidangan tersebut hantarkan SMS kepada ketua puteri cawangan tersebut dan mintalah agar Siti dicalonkan untuk jawatan tersebut. Bagi saya itu cara paling mudah untuk dilakukan, kerana saya faham untuk Siti mengunjungi setiap cawangan pastinya agak terbatas.

Penggunaan blog Siti ini bagi saya bukan tiada manfaatnya, namun Siti kena faham, budaya ini masih agak baru di Bahagian Kapar atau kemungkinan puteri cawangan juga jarang mengunjungi blok ini, lebih-lebih lagi jika alamat blog ini tidak siti war-warkan. Sekian sedikit pandangan, semoga ia mampu membantu Siti dalam meneruskan perjuangan. wassalam dan salam Perjuangan.

Layari blog saya - bicarakapar2.wordpress.com

blinkblink said...

PUTERI UMNO AKAN TETAP SETIA
PUTERI UMNO AKAN TERUS MARA...!!!!!

BYE BYE SITI AZRAH.....