Monday, July 21, 2008

PENJELASAN SAYA

Assalamualaiikum..........

Selamat sejahtera dan sihat selalu hendaknya.

Berbagai persoalan telah diajukan kepada saya secara lisan dan peribadi;

Diantara persoalan tersebut ialah:-

1. Siapakah Siti Azrah?
2. Mampukah saya menerajui Puteri?
3. Sokongan bagaimana yang terdapat dibelakang saya?
4. Halatuju bagaimana rupa hendak saya kemudi Puteri Kapar?
5. Adakah saya telah dicalonkan oleh mana-mana cawangan?

Izinkan saya menjawab setiap satu soalan-soalan ini. Saya harap dengan jawapan tulus ikhlas ini dapatlah dinilai akan kriteria saya.

1. Saya merupakan Ketua Puteri Cawangan Kampung Budiman. Melalui cawangan ini saya
sentiasa mengerakkan aktiviti-aktiviti yang difikirkan sesuai tidak sahaja bagi mengisi masa
yang terluang malah dapat sedikit sebanyak ahli-ahli Puteri lain mempelajari struktur
mentadbir dan mengurus sesuatu acara dalam bentuk yang lebih formal serta berhemah.
Tersedia maklum mengurus dan mantadbir bukan suatu yang mudah untuk dilaksana dan
lakukan. Secara saintifiknya dikenali pasti objektif yang hendak dirumuskan. Mengenali pasti
objektif ini kemudiannya akan disusunatur segala perancangan. Melalui Puteri Cawangan
Kampung Budiman ini kerapkali saya diberi peluang dalam menganjurkan berbagai aktiviti
tidak sahaja kepada Puteri-Puteri tetapi juga masyarakat Kampung Budiman.

2. Berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman ini, saya percaya dapat diluaskan skop dan
bidang yang boleh membawa kepada sumbangan Puteri secara menyeluruh di Bahagian
Kapar. Kemampuan saya dalam menerajui Puteri tertakluk dengan barisan atau team yang
benar benar komited dalam memperjuangkan sesuatu objektif itu. Secara jujur dan ikhlas,
bersendirian saya tidak mampu untuk melaksanakan tetapi secara kumpulan saya percaya
dapat diatur dengan lebih berdaya dinamik.

3. Tiada sebarang "GODFATHER" -"Dato'" atau "Jutawan dibelakang saya. Saya bergerak atas
dasar saya sendiri yang inginkan perubahan. Perubahan ini perlu bagi Puteri-Puteri lebih
bersifat daya maju.

4. Saya inginkan Puteri Bahagian yang dapat duduk bersama dalam melaksanakan dasar serta
melahirkan buah fikiran menurut kehendak Puteri. Puteri seharusnya diberi peluang dalam
melaksanakan apa sahaja program yang tidak sahaja dirangka oleh Bahagian tetapi juga
peringkat Negeri. Dalam merangka program juga Puteri seharus dirujuk terlebih dahulu
kerana program Puteri merupakan citarasa Puteri sendiri bukan hanya memenuhi ruang
yang lebih atau melengkapkan program yang tidak bersangkutan dengan Puteri.

5. Buat masa ini tidak terdapat sebarang cawangan yang mencalonkan saya. Saya hanya
bergantung kepada keikhlasan cawangan-cawangan yang benar-benar inginkan perubahan,
terpulang kepada cawangan-cawangan yang samada mengenali saya atau pun tidak. Bagi saya
untuk mengunjungi seluruh cawangan tidak mampu saya lakukan kerana sumber saya amat
terhad.

Penjelasan ini diharap dapat dinilai akan kredibiliti saya, diwaktu yang sama saya bukan berkempen hanya sekadar menjelaskan persoalan-persoalan yang timbul dari berbagai pihak yang sering tertanya-tanya.

Saya memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kata-kata yang boleh menguris perasaan sesiapa sahaja yang sudi membaca blog saya ini.

Sekian terima kasih.
wassalam

No comments: