Saturday, July 26, 2008

Angkasawan...............

Assalamualaikum……………


Ku rapat tertib kedua belah telapak tangan ku, Ya…Allah, ampuni mereka yang mudah berkata-kata tanpa batas, ampuni mata mereka yang hanya melihat kecacatan, ampuni mereka yang sengaja munkir janji dan tidak berkata benar serta ampuni mereka yang lemah pengadilan dan penilaian, akhirnya ampuni mereka yang hanya lihat faedah diri daripada kepentingan masyarakat……..subhanallah


“Peah, kau ingat kau tu sapa, ada duit ke?, ada jasa ke? Tok-tok ketua mana belakang jasad kau? Tak payahlah berbahasa basi dengan arus pemikiran mereka yang dah memang aku tarafkan macam arus air longkang”. “Badut-badut utama aku dah pun pasang gincu merah serlah dimerata sudut.” Malah, “Badut-badut ini juga dah pun chop dahi-dahi mereka, lekat kekal dah tak boleh ubah nama aku terpahat merata-rata.”

Langkah ku tak ku percepatkan, aku jalan lagi seperti biasa, lurus jalan ini luruslah laluan ku. “Peahhh, teriak Jenab, kau dah pekak ke?, bisu ke? Atau kepala kau memang berbatu-bata.

“Nak jawab, panjang lagi cerita, tak jawab, panjang lagi melalaknya”….berkata aku dalam benak fikiran.

“Ya……..Jenab, aku dengar, semua yang kau kata itu, benar-benar belaka. “Semua orang kenal kau tu siapa, kau seorang pejuang, pengasas, emak bapa kau pejuang, datuk nenek kau pejuang semua suku sakat kau pejuang-pejuang belaka. Semua yang ada pada kau ni juah juah selari dengan tok-tok ketua yang juga juah juah.

“Habis tu ngapa pulak nak kau tanding, kau sengaja nak cari pasal dengan aku ke? “Kau dari mula lagi dah aku bilang dekat Nyonya, aku amat kureeng dengan kau…..”. “Aku nak guna kebolehan dan kepandaian kau je…..Ketua tetap aku, aku hanya nak kau dibaruakan, tapi jika kau bersekongkol dengan aku, aku naik tarafkan kau…”

“Yalah…Kureeng pun kureenglah….” Yang pasti aku tidak minta-minta, memutar-mutar, berbelit-belit dalam perjalanan hidup aku dan cerminkan diri kau sebelum suruh orang lain buat.

“YB JENAB yang mulia….., sungguh kau menguasai semua kepala-kepala dengan ringgit kau dan kepala-kepala ini pun hanya pandai berkata didepan, dibelakang lain serta mempunyai berbagai muka tanpa peribadi teguh, tiada sebarang masaalah bagi ku, malah jika semua milikan kau termasuk tok-tok ketua belakang kau yang juah juah itu nak tongkat berkepala didunia ni sampai kiamat pun, tak aku setitik pun aku peduli dan berkehendakkan.”

“Dan ternyatanya, terpampangnya kepala-kepala kau ni, sepuluh, dua puluh tahun akan datang hawa jenis apa yang akan mewarisi kaum hawa, semua dilihat ringgit, bercakap ringgit, idea ringgit, temujanji ringgit malah boleh dijual antara hawa kerana ringgit. Hawa atas kutip berkepuk-kepuk, hawa bawah kutip habuk kepuk.

Hawa-hawa jenis ni nak didik zuriat-zuriat jalan lurus apa jika pemimpin yang dipilih jenis macam kau.” Maka kesinambungan pemimpin yang macam kau akan terus bertakhta hingga kiamat, maka semua masyarakat kita kini awal-awal dah berkiamat.

“Peah…Peah…kau memang buta hati. “Fitnah-fitnah yang kononnya dituju pada aku, sebenarnya koncu-koncu aku yang cipta. Ciptaan-ciptaan ini juga dicipta dengan duit, strateginya bila orang berkata sana berkata sini tentang aku, tudingnya kearah kau, kerana kau yang pandai komputer, aku pandai duit, kelebihannya sekarang duit berkata-kata.

“Apa ada pada Kejujuran”?

“Apa ada pada Kikhlasan”?

“Apa benda Kejujuran”?

Apa benda Keikhlasan?

“Dia ada rupa ke”?

“Dia ada bentuk ke,”?

“Dia ada bau ke”?

Semua ini hanyalah hayalan dalam fikiran cakap orang yang tidak bermodal.

“Ooooiii….Peah, aku yang beri rezeki kat dia orang, aku yang tentukan rezeki dia orang” “Jadi kau lihat sekarang….salam aku salam berduit……salam aku senyum lerek sampai ke telinga…pagi sebut nama aku, petang sebut nama aku dan malam sebut nama aku. Maka hari-hari nama aku, semua hari, hari aku. “Kau mana ada hari” “ Nak dapat pencalonan pun terkangkang-kangkang. “Biarlah pencalonan ku terkangkang asalkan jalan ku tak terkangkang-kangkang cukuplah…..tak macam kau” “ Ehhh…Ehhh…Ehhh, Peaaah….jalan aku terkangkang pun, terkangkangnya luas terbentang, bukan sahaja angin berlalu pergi mudah, berkangkang-kangkangan duit aku nak aku angkat julang merata-rata”

“Yeaah…YB Jenab, kau memang ketuawan, dermawan, muliawan, jangan risau dalam masa terdekat ni, YB juga akan cipta sejarah, jadi angkawasan wanita melayu pertama yang beli tiket naik SPACE SHUTTLE bagi mengelilingi orbit Apar, Eru, Sg. Penan, Selat Torbuz Helang dan Siante.

"Jangan lupa YB Jenab…..bawa "SiPiah," " SiKiah," "SiNah," " SiJoyah," " SiJonggos," "SiNyonya," dan "SiSendo" serta "SiGedebel" naik bersama kerana beringgit ringgit titik peluh mereka dalam menjayakan pelan perancangan mengelilingi orbit orbit ini.

Ribuan terima kasih saya ucapkan-sekadar terima kasih, tiada pengeras, tiada pemberat tiada beringgit hanya sekadar terima kasih ikhlas dari saya, itu pun jika dapat lihat kebenaran saya berterima kasih - kepada semua mereka yang sudi menjawab panggilan saya dan SMS saya, tanpa mengira jawapan yang saya terima tempoh hari.

Malah tak perlu saya butirkan jawapan jawapan nya kerana mereka-mereka yang kirim SMS itu tahu apa yang mereka tuliskatakan begitu juga mereka-mereka yang menalipon saya mengunakan “private–line” untuk menghamburkan kata-kata yang memang manis dimulut mereka, sekali lagi saya ucapakan ribuan terima kasih tak beringit-ringgit.

Secara jujur dan ikhlas, sekali lagi itupun jika dapat mempercayai kejujuran dan keikhlasan saya - jangan pulak mengatakan saya telah kecewa dan tewas- saya tetap ingin bertanding secara ikhlas dan jujur itu pun jika dicalonkan jika sebaliknya maka, maka menang tanpa bertandinglah kepada yang dicalonkan maka beringit-ringitlah pencalonannya dan beringit-ringitlah kemenangannya. Dengan itu langkah saya bebas ringan, tanpa sebarang perkara-perkara yang perlu saya jinjing berguni-guni beringgit-ringgittan . Tiada Marah dan Kesal hendaknya saya. Itulah kehebatan demokrasi kita kini berjawatanan dan beringgit-ringgitan.

Terima kasih diucap-ucapkan
Wassalam

2 comments:

Khairul Saimun said...

Salam Siti,

Sukarkan untuk menjadi pemimpin dan menerajui perubahan...???Itu antara cabaran kecil yang mesti dihadapi oleh seorang pemimpin. Kejatuhan dan bangkit semula ibarat asam garam dalam kepimpinan. Dr. mahathir bagi saya pemimpin terbaik Malaysia, dia juga pernah jatuh, bangun, jatuh dan bangun semula dengan kehebatan yang sukar dicari ganti. Teruskan perjuangan, kerana perjuangan itu tidak pernah akan selesai...

KHAIRUL NAZRI said...

Selamat bertanding di bahagian kelak.

Semoga berjaya


khairulnazri
Setiausaha Cawangan
Fasa 4 BBSS