Thursday, July 31, 2008

Jalan-Jalan.............

Assalaamu’alaikum,


Ya Allah….bimbinglah aku bersama teman-teman yang ku sayangi ini. Kukuhkanlah iman kami, tetapkanlah peribadi kami. Janganlah kami disesat pesongkan atau terpengaruh dengan pesongan dan kesesatan. Tunjukkan kepada mereka yang menyimpang dari kebenaran itu musibahnya dan bawalah mereka kejalan yang benar dan lagi benar adanya….. Amin

Jalan ini kutempuh kerana kesedaran aku sendiri. Jalan ini kulalui bersama teman-teman yang kesedarannya seiring bersamaku. Jalan ini bersama kami pilih kerana percaya kepada kebenarannya. Jalan ini kami lihat peluang, peluang menerangi laluan-laluan selanjutnya. Peluang bagi semua Puteri-Puteri mengemblingkan tenaga bersama. Meminjam kata-kata “Ho Ching Minh”;- “Peluang sebenarnya tidak wujud, tapi kita yang wujudkan peluang itu”. Peluang ini Jalan-jalan dengan arah-tuju yang berhaluan. Peluang berhaluan dengan arah-tuju yang diapit bersama dengan ketetapan iman merupakan jalan-jalan menuju kepada jemputan rezeki yang diusahakan. Jalan-jalan ini perlukan usaha. Sekadar berjalan-jalan tanpa disulam dengan usaha, jalan-jalan berangin namanya.

Langkah jalan kami, bukan mencari peninggalan sejarah. Pastinya Bahagian Kapar memang banyak terdapat relic-relic sejarah. Entah mungkin saki-baki Empayar Majapahit bersinggahsana di Bahagian Kapar selain Melaka yang dikunjungi. Ada juga menurut empunya cerita orang-orang terdahulu yang mula mula meneroka Kapar yang kemudianya diceritakan semula turun temurun bahawa Rama Keluring, penilik zaman akhir Empayar Majapahit meramalkan empayar Majapahit akan musnah. Kemusnahan empayar Majapahit memang benar-benar terjadi. Tapi bukan kerana Rama Keluring meramalkannya. Malah Rama Keluring dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Majapahit. `” Hush….berlidah pedang, berludah api’ pahlawan-pahlawan ini takkala mereka menamatkan nyawa Rama Keluring, begitu ceritanya warga-warga emas di Bahagian Kapar.

“Wow”, mungkin kerana itu maka terdapat ramai keturunan pahlawan-pahlawan Majapahit terdapat di Bahagian Kapar barangkali, apabila berkata-kata bagaikan “berlidah pedang, berludah api” dihamburkannya. Entahlah mungkin darah-darah keturunan pahlawan masih meliut-liut arus alirnya.

Begitupun, Jalan-jalan yang kami lalui kini lebih kemodenannya tapi tak pula melihat kepahlawanannya. “Oooops….ada rupanya bila jalan-jalan ini kami berpaling diselekohan, tapi pemuda-pemudi ini lebih berrempit – rempitan kepahlawanan mereka. Kami berjalan lagi. Lagi dilihat, lagi menjadi-jadi rempitan mereka, maklumlah zaman peperangan 100 atau 200 tahun yang lalu apabila hendak menyerang bertempit-tempit teriakkan semangat menyerang musuh.
Tetapi kini tak bertempik tapi berrempit-rempit kuda-kuda besi pasangan muda-mudi ini. “Eh…..zaman dulu bila pemuda pergi berperang pemudi-pemudi ikut sama agaknya! Pemudi-pemudi pula baju yang dipakai mesti dipamerkan sikit pusar perut tu. Habislah pusar-pusar pemudi-pemudi kapar, terkumpul habuk pasir jalanan!! “Jalan terus, muka hala kedepan, jangan dijeling-jeling langsung, herdik halus temanku”

“Bergerak lagi jalan-jalan Kami. Jalan-jalan kami bukan sekadar jalan-jalan, maklumlah kata-kata mereka yang berpengalaman;- “luas perjalanan luaslah pandangan”. Memang benar kata mereka, tapi jalan-jalan luas pandangan dan tingkatnya pengetahuan tu jalan-jalan minda. Begitulah jalan-jalan kami, perjalanan berminda. Kami sama-sama mencari jalan-jalan terbaik dengan mengunakan minda yang terbaik. Tidak bererti kami ni spesis minda yang terbaik tapi yang nyata nya berminda dari yang tidak mengunakan minda.

“Ni….soal…“Pecah belah atau Berpecah” “Apa yang berpecah, apa yang belah”? Bila yang diatas kata “Berpecah” yang dibawah pun ikut sama kata berpecah. “Apa, yang dibawah ni semua minda-minda pecah ke? Perpecahan yang terjadi sekarang sebab diatas buta hati, orang yang tidak boleh tadbir, tiada kemampuan nak tadbir diangkat-angkat dan dijolok-jolok suruh teraju. Malah yang diatas-atas tu sibuk dengar kata mengata, yang dibawah terjerit-jerit melaung hingga seluruh penjuru bumi kedengaran –“hidup Kami kesempitan” – tak siapa pun mendengar. Tiba-tiba “brooommm………jatuh” macam Melaka dilanggar oleh Portugis tahun 1511. Tarikh keramat hilang lenyap Empayar Melayu Melaka. Tapi kini yang “brooommmm” jatuh hilang bukannya empayar tapi kedaulatan melayu di Lima Negeri. Bukannya dengan peluru dan cetbang-cetbang dari anasir-anasir luar tapi melalui peti-peti undi yang mana bangsa sendiri yang tak berparti pun nak meluat melihat telatah bangsa sendiri.

“Kehilangan sedemikian tak juga terbuka mata fikiran” yang dilihat apabila ada hamba-hamba yang inginkan perubahan-perubahan dilihat memecahbelahkan. “Apakah setiap perubahan itu membawa perpecahan-atau perpecahan itu memang ditunggu apabila tidak dapat bertahta dengan mudah. “Mudah mengatakan bahawa kehilanggan lima negeri itu bukan tanggungjawab bahagian-Jika demikian tanggungjawab siapa agaknya? Bukankah dari segi mekanisma politiknya ia tidak dapat lari dari sumbangan bersama iaitu kolektif dalam ertikata berkoperasi. Bezanya organisasi politik untuk berkuasa, dengan kuasa diandaikan semua yang dilakukan dilihat dengan mutlak tanpa ganggu gugat. Ini dikatakan dilihat dari aspek global local bukan global-global.

Jalan-jalan lagi kami hendaknya, “Huh……terlihat pula zaman “Bintang Tiga” ketika cuba mengambil alih Tanah Melayu apabila Jepun menyerah kalah dulu. “Hai Azrah….kamu ni dilahirkan dalam tahun apa hendaknya, penjelmaan semula ke kamu ni? “Lah….sayang-sayang ooiii…ini kan jalan-jalan minda. Minda ku melihat dari lipatan-lipatan sejarah yang ditulis dan tertulis oleh mereka-mereka yang pernah mengalaminya. Macam sekarang, apabila tersedar kedaulatan melayu mula beransur hilang ramailah pemimpin tersohor dibumi Tanah Melayu ini, kini Malaysia-boleh terkorek-korek cebisan cebisan kertas yang tertera dituliskatakan oleh Menteri-Menteri Rama dan Menteri-Menteri Naga mengenai “kontrak-sosial” Dizaman kurun 21 ini, siapa peduli pasal kontrak-sosial yang pastinya Melayu dah rosak dan hampir kepada kebinasaan. Maka inilah peluangnya mereka-mereka bertindak.

Berbalik kepada kisah Bintang Tiga tu, orang melayu tunggu masa disembelih sahajalah. Macam yang berlaku di Yugoslavia-ethnic cleansing- kata pemimpin yang hanya mahu bangsa dia memerintah. Begitu juga ketika Bintang Tiga bila cuba mengambilalih pemerintahan Negara.

“Jadi, teman-teman….bila orang Melayu memerintah maka semua bangsa diberi peluang malah ada juga orang melayu yang kononnya liberal beri juga apa yang ada dalam rumah sendiri kepada lain-lain bangsa tapi jika lain bangsa yang memerintah tanah melayu alamat Melayu ni jadi umpan dan makanan ulatlah.”

“Yang kita baru nak cuba ketengahkan Jalan-jalan Perubahan, tak dapat diterima konon nya porak peranda Jalan-jalan ini. Sedangkan jalan-jalan yang sedia adapun tidak dapat digunakan malah puntang panting jalan-jalan dijadikannya”.

“Ni….teringat pula kat..Tuan Khairul Saimun, meminjam kata-kata nya:-

“Bagi saya, setiap perubahan yang ingin dibawa tidak semestinya dibuat secara menyeluruh atau kata mudahnya ditukar keseluruhan, kerana ia akan mengejutkan banyak pihak, perubahan mesti dibuat secara berperingkat, kita hendak mengubah amalan yang berjalan selama 62 tahun. Kalau besi tentunya dah berkarat, kan sukar. Kita perlu lumurkan minyak, diketuk perlahan-lahan untuk membuang karat dan bagi memastikan besi tidak patah. Segalanya dibuat secara teliti dan berhemah, bukan direntap sesuka hati, bimbang besi patah, bengkok dan rosak serta karatnya boleh melukakan tangan.Merangka perubahan memerlukan perancangan paling teliti dan kita perlu tahu dimana hendak bermula, bagaimana, caranya dan berbagai lagi. Ia ibarat mengatur strategi perang, jangan terus-terusan menyerang sekonyong-konyong, nanti membahayakan. Tapi mesti dirangka dengan teliti, peluru tak banyak habis, tapi musuh lari bertempiaran. Itulah sedikit pandangan saya yang cetek fikiran ni.”


‘Memang benar semua kata-kata Tuan yang Mulia, malang sungguh bagi kita kerana amalan 62 tahun kurang dari 8 tahun blok Soviet Union musnah sama sekali- apakah perlu kita menunggu untuk genap 70 tahun baru nak bertindak. Malang sekali lagi, apabila sampai masanya kelak itu pun jika sampai….besi karat ni bukan sahaja rapuh malah apa sahaja peninggalan bagi kita untuk membentuk pulihkan pun tidak ada lagi terpaksa berhempas pulas pula mencari umbut besi baru bagi dirangka semula. Tiada niat kita untuk musnah bermusnahan tapi tidak cukup terkejut kah mereka-mereka ini dengan apa yang sedang berlaku kini. Memang sukar untuk menyerah lombong besi secara sukarela dan diperolehi secara percuma maka terpaksa berrebut-rebutan. Jika pun Lombong ini hendak dimiliki sampai akhir dunia sekali pun kami izinkan…ambillah. Kami tidak mengejar lombong ini atau berkehendakkan sangat akan lombong besi ini. Memang segala-segalanya simbolik terutama dengan satu peluru dua ekor burung boleh menjunam kebumi dan kerana kesimbolikkan ini juga masyarkat kita yang menjunam bukan masyarakat lain – masyarakat kita bang………tiada maksud berkeras dan berdegil hati….terpulang kepada masyarakat kerana mereka juga bermata hati dan bermata fikiran.

Teruskan jalan-jalan lagi, singgah sat….diliku-liku cyber, “Amboi…memang hebat-hebat mereka-mereka ni.” Memang banyak pahlawan-pahlawan, perwira-perwira liut liut Majapahit. Berdentum-dentam kata-kata mereka. Ada yang macam cendiakawan-cendiakawan dan professor-professor yang memberi berbagai tunjuk ajar dan juga yang ajarannya kurang pun ramai, mungkin pendidik yang mendidik mereka mati terkejut apabila menyedari didikan yang diberi telah dipesong pasikan menurut kesedapan berkata mereka. “Apakata kita jawab satu persatu mereka ni!……..sambut temanku. “Issh….tak perlu kata seorang lagi teman, mereka-mereka ni semua nya bistari belaka jadi kita ni tak kesampaian tarafnya untuk berbalas-balas kata”, sebab tu apa yang dicoretkan dijalan cyber kita ni tak dapat dikomennya mereka-mereka semua.

Jalan-jalan kita sahabat, jalan-jalan berminda, mengunakan minda mencari haluan. Berjalan-jalan lagi, liku-liku ditemui tapi liku-liku minda kita dengan cakera padat nya lebih rumit dapat menyelesaikan liku-liku ini dengan dihala tuju ke haluan sebenar. Tersesat kita bersama, kerana kelajuannya melebihi had, sempat kita perlahankan masuk semula ke haluannya. Sama-sama kita tersesat lagi, tapi kesesatan kita tidaklah terjerumus kelembah-lembah aib tetapi terpesong kerana arah yang terdapat telah dipesongkan oleh mereka-mereka yang benar-benar suka akan kepesongan.

Meluncur jalan-jalan kita sahabat dengan keriangan minda dan keriangan hati. Terbuka luas lagi jalan-jalan ini, suatu petunjuk bahawa kita tidak menjadi mangsa kepada fikiran sendiri. Meluncur riang lagi lah jalan-jalan kita sahabat.



Akhir sekali saya ulang petik yang telah dipetik oleh bekas pemimping kedua Malaysia yang juga dipetik dari pujangga besar Jawa iaitu Ronggowarsito. Pujangga ini terkenal dengan karyanya yang berjudul Zaman Edan ( Zaman Gila). Di dalam tradisi kepustakaan Jawa, seorang pemimpin harus punyai dua sifat penting. Pertamanya, sambegana dan keduanya nawungkrida, kedua-dua sifat ini membolehkan pemimpin itu memainkan peranannya di dalam masyarakat dengan baik sekali. Yang pertama itu ialah mempunyai kecerdasan akal, yang juga membawa maksud selalu ingin merempuh dan mencipta sempadan baru di dalam memahami masyarakat. Yang kedua pula tajam meramal zaman dan segala bentuk perubahan yang berlaku. Bila saja pemimpin gagal untuk menguasai ataupun memiliki kedua-dua sifat itu, tibalah zaman kena pakewuh ataupun zaman edan, zaman kacau bilau;-

Hidup di zaman edan,
gelap jiwa bingung
pikiran turut edan
hati tak tahan
jika tak turut
batin merana dan penasaran
tertindas dan kelaparan
tapi janji Tuhan sudah pasti
seuntung apa pun orang yang lupa daratan
lebih selamat orang yang menjaga kesadaran.

Akhir-akhir nya kehidupan kami tidak seburuk disangka,
ia satu yang terbaik tidak pernah kami miliki.
Oh…..Oh….akhirnya.

Kami berkehendakkan sangat untuk memberi kasih sayang kami
kepada mereka yang menyayangi Masyarakat ini.

Semua yang kami sedari jauh didalam kami, kami inginkan yang terbaik bagi masyarakat kami.

Kami hampir-hampir kehilangan persahabatan kerana masyarakat
Akhirnya takdir kami kini bermula…..
Sungguhpun kami mempunyai perbezaan
Sesuatu yang indah sedang berlaku, itupun jika benar-benar berlaku jika sebaliknya –bye bye Puteri ku, kau akan tersingkir dalam kealpaan
Berikan kasih sayang kami kepada masyarakat
Emm……..Emmm……..
Kami tidak memperbodohkan diri kami

Akhirnya kami dapat mencari jalan-jalan kami
Malang sungguh keseluruhan masyarakat ku tidak mahu lihat kepada realiti
Mereka suka mendengar kepada akibat yang tiada asas
Akhirnya kami terpaksa pergi dengan haluan kami…………..

No comments: