Tuesday, July 22, 2008

MY STORY

Assalamualaikum………


Setiap hari merupakan hari yang mulia dan kemuliaan hari ini saya doakaan kesejahteraan kepada semua mereka terutama Puteri DUN Meru yang saban hari tertentu dijamu dengan berbagai keenakan tidak sahaja santapan tetapi juga halwa telinga untuk dicernakan dalam fikiran dan hati sanubari mereka.

Saya menawarkan diri untuk meneraju PUTERI bahagian Kapar bukannya untuk berlaga dengan sesiapa. Jauh sekali membuat tohmahan dan tuduhan secara lisan atau tulisan dalam mana-mana media elektronik dalam bentuk blog yang diketahui terdapat di Malaysia terhadap sesiapa sahaja terutama terhadap mereka yang berkedudukan.

Perubahan itu perlu menurut kacamata fikiran saya. Sekiranya Puteri Meru merasakan bahawa situasi kini amat cukup memuaskan dalam segala aspek maka saya tiada keupayaan selanjutnya untuk meyakinkan Puteri betapa perlu kita kepada Perubahan. Begitu juga dengan kemampuan saya yang terhad yang tidak dapat memberi kepuasan atau memenuhi sepenuhnya kehendak dan keperluan kepada setiap individu PUTERI. Apa yang perlu ialah kepuasan dan kepentingan umum

Tersedia maklum bahawa saya tidak mempunyai sesuatu keistimewaan yang magis seperti Lampu Alladin atau Jeanie yang dapat membawa perubahan dengan sekelip mata. Atau menggunakan keistimewaan tersebut untuk mengubah tanggapan PUTERI DUN MERU dengan hanya mengilap lampu ALLADIN dan Jeanie. Jika pun ada kelebihan sedemikian saya tidak akan sekali-kali menggunakannya kerana ia lebih berbentuk sementara dan palsu bagaikan PUTERI DUN MERU seolah-olah tidak mempunyai fikiran tersendiri dan semuanya harus dikekang dengan tali belati yang tidak kelihatan.

Perubahan ini perlu beransur-ansur dengan perancangan yang teliti serta penglibatan semua pihak. Keterlibatan semua pihak itu perlu kerana berbagai aspek dapat diselami dimana hasil gabungan fikiran yang berbagai ini juga akan dapat melahirkan satu keperluan yang sekata dengan satu objektif.

Saya juga sedar akan tingkat kemampuan berfikir saya yang jauh tidak standing dengan ramai ahli-ahli fikir PUTERI dan PEMUDA serta VETERAN UMNO BAHAGIAN KAPAR yang sememangnya memiliki dayacipta fikiran yang begitu tinggi sekali. Kesedaran ini juga membuatkan saya ingin mendapatkan tempat dalam mempelajari cara ahli-ahli fikir ini bertindak dalam menangani sesuatu isu itu. Pelajaran sedemikian tidak akan dapat kita perolehi daripada mana-mana institusi pengajian tinggi didunia melainkan dengan pengalaman daripada mereka yang memang arif dalam keselokkan pentadbiran.


Dalam ikhtiar saya mengharungi badai DUN Meru ini terdapat suara-suara sumbang mempersoalkan Mahligai peribadi saya sendiri tidak dapat dipelihara betapa pula mahu saya terajui PUTERI BAHAGIAN KAPAR. Mahligai peribadi saya telah saya terajui dengan penuh tanggungjawab dan terbaik tetapi jika penghuni bersama tidak mahu yang terbaik mengapa perlu saya menghalang daripada pemergiannya. Begitu juga dengan PUTERI DUN MERU, saya cuba untuk memperkenalkan sesuatu yang terbaik tetapi jika kacamata fikiran baik saya tidak dapat dilihat, apa daya saya untuk menerangi dengan lebih jelas lagi.

Sungguhpun demikian terdapat juga beberapa teman yang berkata: “Dunia ini sebenarnya terdapat dua warna;- HITAM DAN PUTIH” Warna HITAM amat sukar dipadamkan dan Warna PUTIH sukar dibersihkan. Bagaimanapun HITAM boleh di PUTIH kan dan PUTIH boleh di HITAM kan. Justeru itu usaha untuk mengubah akan dilihat sebagai satu fenomena yang mana setiap perubahan itu akan ditentang sehabis mungkin. Maka digunakan segala strategi yang terfikir tidak kira peribadi ataupun umum, benar atau tidak yang pastinya apa yang sedap didengar tanpa perlu dinilai ataupun disiasat terlebih dahulu.

Demikian kata teman-teman saya, maka benarlah untuk mengubah sesuatu memang sukar kerana mengubah sesuatu yang telah selesa dilakukan sekian lama dengan nikmat tersendiri mengapa perlu untuk mengubah kepada yang lebih baik daripada yang baik. Perubahan yang saya inginkan bukanlah yang terbaik daripada yang baik tetapi sesuatu yang baru yang perlu kita ceburi bersama. Kita mengubah bukan sekadar kita mengubah tetapi perubahan itu mencakupi segala aspek pendekatan yang selama ini mungkin kesan dan akibatnya tidak sepertimana yang sepatutnya berlaku.

Walau apapun yang telah saya nyatakan, terpulanglah kepada semua ketua-ketua cawangan Bahagian Kapar menilai menurut pesepsi tersendiri masing-masing. Saya hanya melahirkan buah fikiran yang seadanya. Kesannya hanya akan kita lihat apabila berlalu sesuatu penggal itu. Kebaikkan atau sebaliknya pada penggal yang berlalu itu tidak akan kembali lagi. Akhir kata saya mohon maaf andainya setiap patah perkataan saya mirip memberi tunjuk ajar, saya hanya bercerita tidak lebih daripada itu dan cerita saya tidak dikenakan bayaran atau mendapat bayaran.

SEkian terima kasih.

Wassalam

1 comment:

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Siti,

Selamat bertanding merebut jawatan Ketua Puteri UMNO Bhg Kapar. Pada fikiran saya, ini merupakan suatu tindakan yang berani yang mencerminkan amalan demokrasi masih subur walaupun ia hanya ilusi.

Bukan mudah untuk menumbangkan penyandang jawatan yang sudah pasti akan mempertahankan jawatan ini dengan segala kudrat, usaha serta strategik yang ada.

Saya pasti, kejujuran, keadilan, ketelusan demi untuk menjamin kemenangan tidak akan lagi diambil kira.

Enuf say,
Strategik serta pendekatan yang bijak pasti akan membuahkan hasil. Cara dan bagaimana? Anda tahu jawapannya

khairulnazri.blogpsot.com